Archive for November, 2006

9 Sifat Perempuan Yang Menjadi Perhatian Lelaki

Categorized Under: General Dated: 24 November 2006 No Commented

1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan telatah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya

6 . PANDAI BERBICARA

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI

Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah. Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar (keluar dengan indah dan mempesona.

Tanda-tanda Lelaki Jatuh Cinta Yg Hebat

Categorized Under: General Dated: 24 November 2006 No Commented

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

Source : http://www.gadisku.net/

Ikhlas Tapi Jauh

Categorized Under: General Dated: 24 November 2006 No Commented

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria
Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh…
Jauh…

http://www.cintathemovie.com/