Archive for December, 2006

Khas buat mereka yang nak kawin…

Categorized Under: General Dated: 02 December 2006 No Commented

Khas buat mereka yang nak kawin…
Yang dah kawin tu… pikir2 kalu nak kawin LAGI… boleh gak!

Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader
Plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah
banyak persiapan yg perlu di aderkan…. ia memerlukan satu perancangan yg
cukup teliti bagi dua dua blah pihak.

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin.
Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other
So they bergaduh and taklah jadi kahwin. Jadi ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah… untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan
maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah. Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :

At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book… . jgn dua dua gi book plak.

kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger :

Kener pergi…. kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus… . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.
kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat).

3. Book Mak Andam :

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak orang
pompan… .. pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah,
lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book… later than that u might have a problem finding one….. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.

Kos : RM1200 (tengok baju aper… kalau ader baju batman atau otromen
(mungkin mahal sikit).

4. Photographer :

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak
Korang kenerlah carik sendiri. Sekarang orang melayu dah pandai… . dah
Pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.

Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah

Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak
Panggil at least 3 mths notice.

Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin

Sekarang sudah canggih… kolong blok diorang transform jadi macam istana
Taj Mahal…. kalau tak pun jadi macam lori cina mampos…. letak kacang
samer kuaci sudah original beb…. tinggal nak campak kerander je
kat tengah-tengah. Macam-macam design macam-macam pattern.

Kos : RM1000.

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja

Tukang masak mesti ader beb… kalau takder camner orang nak makan? Lainlah
kalau korang buat majlis kat Mac Donald’s.

Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang).

8. Kerete

Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter
(*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer…
Merc ke?… Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak
Badan korang besau abih sewa Kancil…… sampai besok pun takleh masok!

Kos: RM300

9. DJ/Karaoke

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer orang Akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band. At least 6 mths mesti nak kener book.

Kos : RM850 (dengan dinner sekali).

10. Berkat

Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus orang kasi… tapi sekarang Dah maju… diorang lagi kreatif… ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.

Kos : RM3000++.

11. Miscellaneous

Perkara perkara kecik orang selalu overlook… perkara perkara kecik
ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga
Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala
rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir,
carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan…

Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110

Belom termasok hantaran lagi beb…. korang pandai pandailah plus sendiri.
Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin……. SELAMAT PENGANTIN
BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal…. dan yang berhajat sangat nak “pasang”
2,3 dan 4 lagi… yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab
musababnyer….

Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Harga minyak pun dah
naik 3 posen seliter! Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga
mas naik; naik lagi harga bakal2 bini.
Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak
Mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai… macam-macam story lagi.
Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan
aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan
sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak.

Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000.
Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je.

Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi, serba baring
la, serba menegak la, serba duduk la, serba meniarap la… ***a serba-serbi
dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.

Sebabnyer…

1. Anak pompan sorang.
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat.
3. Anak pompan paling jambu dalam family.
4. Anak pompan kerja high post.
5. Anak pompan biasa pakai barang branded.
6. Anak pompan yang tastenya… berkajang-kajang kalau disenaraikan.
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus.
8. Anak pompan yang rasa dirinya… lengkap segala-gala.
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif.
10. Anak pompan tu pun jenis ek… semacam jer!
11. Anak pompan macam la bagusss…

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-

1. “Eh! Nak meniaga anak ke pe?” Kadang tu mak bapak ok jer si Anak lak lebih-lebih…
2. “Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je.”
3. “Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan.”
4. “Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je.”
5. “Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?”
6. “Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power
dari Catherine Zeta-Jones eh?”

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. “Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je.
Member tak cerewet.”
2. “Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar
pelan-pelan cara instalment.”
3. “Jangan bimbang. Korang ***a adakan hantaran je. Duit majlis semua kita
sponsor.”
4. “Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang ***a kasi 10% je.”
5. “Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.”
6. “Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin.”

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya;
jawapannya
:-

1. “Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler.”
2. “Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler.”
3. “Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita ***a simpan American dollars je.”
4. “Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke;
boleh kata semua credit card kita ada l ah.”
5. “Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu.”
6. “Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?”

Haa… tu lah beberapa kerenah orang Melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal, semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu.. yg terpaksa amik personal loan..bank rakyat… bank Islam… atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, ‘loan bini’,.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya
semakin
memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah.
Entahlah…
.
dunia… dunia… ”

Wallahu ta’ala a’lam…

Source : http://www.juict.org/

Rahsia pemakanan genius-genius Islam

Categorized Under: General Dated: 02 December 2006 No Commented

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassiu m (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkha siat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal.

Source : http://www.kedahonline.net/