Tips Selepas Anda Kemalangan
1. Jika kereta anda tidak boleh bergerak selepas kemalangan, telefon panel insurans anda dan dapatkan khidmat untuk tarik kenderaan.
2. Buat Laporan Polis di cawangan trafik tempat berlaku kemalangan dalam tempoh 24 jam (Pemandu yang bersalah akan disaman RM 300) Kalau rasa anda yang salah + kos yg anda perlu bayar kurang rm 500 lebih baik settle luar. garisan jln sgt penting dalam menentukan siapa yg salah atau tidak jika berlaku kemalangan didalam bandar.
(Jika anda tidak bersalah)
3. Dapatkan salinan laporan polis anda & pastikan salinan tersebut telah disahkan oleh pihak polis (dapatkan cop berkenaan di kaunter bayaran saman) pada hari yang sama laporan polis dibuat
4. Buat permohonan kepada balai polis untuk mendapatkan gambarajah kasar kemalangan, keputusan kes, gambar dan laporan polis pihak ketiga. Pastikan semua dokumen juga telah disahkan. (dokumen ini boleh dapat dalam lingkungan 7 hari dari tarikh kemalangan @ bergantung kepada balai polis trafik).
5. Telephone panel insurans anda untuk dapatkan senarai panel bengkel kenderaan. Elok repair kenderaan anda berhampiran kawasan kediaman tempat anda tinggal @ bekerja supaya untuk memudahkan segala urusan.
6. bincang dengan teliti dengan bengkel kenderaan apakah kerosakan yang perlu dibaiki. Pastikan segala alat ganti kenderaan adalah alat ganti tulen (original)
7. Anda tidak perlu untuk mengeluarkan wang saku sendiri untuk mempercepatkan proses membaiki kenderaan anda. bincanglah dengan teliti dengan syarikat insurans.
8. selepas 1 minggu kenderaan anda masih belum diperbaiki (dokumen yg diperlukan telah lengkap diserahkan kepada bengkel). bawak2 diri anda ke bengkel tersebut dan tanya lah kepada taukeh bengkel naper kenderaan aku ni x repair lagi.
9. periksa kenderaan anda dengan teliti selepas kenderaan anda siap. jika x berapa reti, dapatkan bantuan dari pakar-pakar kenderaan (pomen)
10. kebiasaannya jika berlaku apa-apa kerosakan kenderaan selepas 6 bulan berpunca dari kemalangan tersebut, hantarkan kembali kenderaan anda kepada pihak bengkel.