Archive for the 'Personal' Category

Menghidupkan Suasana Mesra Suami Isteri

Categorized Under: Personal Dated: 17 February 2009 No Commented

Menghidupkan suasana mesra suami isteri

1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia
sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat
kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan
sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa
yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu
itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena
gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula
naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada
yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan
mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok
mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu
menggemberikan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang
kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan
ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops,
maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si
dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,
pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan
ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda
melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka
sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia
melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan
lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam
anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.

5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan,
kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak
sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan
anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika
menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan
menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang.
Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia,
biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia
memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu
menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu
boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak
juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika
bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah
mesra.

9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri
pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau
rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah
rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan
ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa
kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit
melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk
diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia.
Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan
adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di
dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas
mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh
semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda.
Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah
kepada anda….

13. Jeling-jeling

Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama,
mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang
sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja
padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar
contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya
tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel
dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi
bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara
ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.. .

15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau
sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain
pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi
perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika
duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya.
Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari
ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti
pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya.
Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat,
tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga.
Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara
ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti
tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling
sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing
terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan
kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan
tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah
boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar

Source : http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com

76 Tip untuk Pikat Hati Isteri

Categorized Under: Personal Dated: 17 February 2009 No Commented

Darihal Muslimat Oleh sobrima

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah. 68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda. 70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Source : http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun Hijrah

Categorized Under: Personal Dated: 28 December 2008 No Commented

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Akhir Tahun:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Source : http://www.firdaus.net/